Sayyid Ja’far bin Sayyid Hasan al-Barzanji

0

(MUFTI MADINAH BERTABUR KAROMAH)

Salah satu  kitab maulid yang sering dibaca oleh ummat Islam, termsuk di Indonesia adalah kitab maulid Al-Barzanji. Kitab ini merupakan hasil karya Sayyid Ja’far bin Sayyid Hasan bin Sayyid ‘Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji. Seorang ulama besar keturunan Nabi Muhammad SAW dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126 H.

Kitab Al-Barzanji

Sebagian ulama menyatakan bahwa nama kitab maulidnya  adalah“I’qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar”. Maulid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri ‘Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan ‘Arab dan ‘Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashoh (ringkasan) siroh Nabawiyyah yang meliputi kisah lahir Baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan Baginda.

Maulid Sayyid Ja’far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama. Antara lain Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilyisy al-Maaliki al-’Asy’ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji”. Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah.

Sayyidul ‘Ulama-il Hijaz, an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi ra. turut menulis syarah yang lathifah bagi “Mawlid al-Barzanji” dan karangannya itu dinamakannya “Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud”.

Sayyid Ja’far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. Karangan-karangan beliau banyak, antaranya: “Syawaahidul Ghufraan ‘ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan”, “Mashaabiihul Ghurar ‘ala Jaliyal Kadar” dan “Taajul Ibtihaaj ‘ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi’raaj”.

KISAH TAWASSUL

Baca Juga : KELEBIHAN MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN

Sayyid Ja’far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Sayyid Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim al-Barzanji  bahkan menjadi Mufti Asy-Syafi`Iyyah di Kota Madinah al-Munawwarah.

Beliau terkenal bukan saja karena ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan do’anya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau.

Diceritakan bahwa satu ketika di musim kemarau, beliau sedang menyampaikan khutbah Jum`atnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu, beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Nabi SAW.  Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:

Saqoo alfaruuq bil abbaasi qodimaa * wa nahnu bija’faro ghoitsan suqiinaa

Fa dzaaka wasiilatun lahum wa haadza * Wasilatuna imaamul ‘arifiina

Dahulu al-Faruuq dengan al-’Abbas beristisqa` memohon hujan

Dan kami dengan Ja’far pula beristisqa` memohon hujan

Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan

Dan ini wasilah kami seorang Imam yang ‘aarifin

Kegigihan beliau menuntut ilmu:

Semasa kecilnya beliau telah belajar Al-Quran dari Syeikh Ismail Al-Yamani, dan belajar tajwid serta membaiki bacaan dengan Syeikh Yusof As-Su’iidi dan Syeikh Syamsuddin Al-Misri. Antara guru-guru beliau dalam ilmu agama dan syariat, Sayyid Abdul Karim Haidar Al-Barzanji

– Syeikh Yusuf Al-Kurdi- Syed Athiyatullah Al-Hindi.

Beliau kemudian berhijrah dan menetap di Makkah selama lima tahun. Di sana beliau belajar kepada para `ulama terkenal, diantaranya:

– Syeikh Athaallah ibn Ahmad Al-Azhari

– Syeikh Abdul Wahab At-Thanthowi Al-Ahmadi

– Syeikh Ahmad Al-Asybuli

Beliau juga telah diijazahkan oleh sebagian ulama’, diantaranya:

– Syeikh Muhammad At-Thoyib Al-Fasi

– Syed Muhammad At-Thobari- Syeikh Muhammad ibn Hasan Al-A’jimi

– Syed Musthofa Al-Bakri

– Syeikh Abdullah As-Syubrawi Al-Misri

Setelah menuntut ilmu kepada para ulama besar di zamannya, Sayid Ja’far Al-Barzanji mampu menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Shoraf, Nahu, Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah.

Kemasyhuran

Sayyid Ja’far telah diiakui dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Makkah dan Madinah, serta para menteri Kerajaan Utsmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan beliau keseluruh pelosok dunia Islam, sehingga beliau dikenali oleh orang banyak. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh para `ulama sezaman denganya sehingga tersebarnya tulisan beliau di kalangan penuntut ilmu.

Satyyid ja’far mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzdikir, senantiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan sangat pemurah.

Dari riwayat hidup Sayyid Ja’far Al-Barzanji di atas, jelaslah kita bahwa beliau seorang ulama yang luar biasa.

Sayyid Ja’far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Nabi SAW.

Comments are closed.